Friday 15 February 2019

2 Tahun Sebelum.

Lama tak menulis. Ini adalah penulisan kedua untuk tahun 2019.
Jadi aku tinggalkan blog ini dah 2 tahun.
Banyak. Terlalu banyak perubahannya selama 2 tahun lepas.
Semuanya baik baik sahaja tentang kehidupan aku.
Terima kasih Tuhan.
Syukur.
Alhamdulillah. 

16 Feb 2019

Hidup ini mudah

Asalkan

Kau langsung tak menyusahkan hidup orang lain.

Thursday 24 November 2016

Wanita.

Dan pada waktu itu, Lia masih lagi termenung di tepi kolam. Masih lagi memikirkan kemana arah tujunya. Dia tak kisah pasal cinta, langsung tak hairan. Mungkin dia bisa hidup tanpa cinta? atau dia takut dengan cinta! Petang tu, paling banyak benda yang jadi pada Lia, dari dia sebelum pergi kerja sampai lah dia termenung depan kolam ni. Bangun je tidur, dia tetiba tersampuk kaki katil, jatuh dan tangan dia ada calar sikit. Kemudian masuk bilik air, nak sabun badan, sabun pulak takde,dah habis agaknya. "Buat hilang mood jelah, haih" Kata Lia. Pagi tu, Lia mandi tanpa sabun dan dia rasa tak selesa gila. "Aku ni kejap lagi mesti rasa rimas kat tempat keje, time ni lah sabun habis, tah siapa lah mandi last tak bagitau yang sabun habis, bodohnya!" Lia membebel sendiri. Masa nak ke parking kereta, dia tergelecok dan jatuh dek sebab tak perasan ada lubang. Lia tengah ralik main phone waktu tu, whatsapp group masuk sampai beratus ratus. "Ni entah bilamasa pulak ada lubang depan ni, ish pebende la semua tak kena dengan hidup aku ni? Tak faham betul lah, banyak sangat hal nya pon payah jugak haaa." Omel Lia. Sampai tempat kerja, boss panggil Lia masuk bilik dia dek sebab Lia datang lambat. Lia pon terangkan apa yang terjadi, kaki dia terkehel dan mampu bawa kereta slow dan nasib baiklah kereta auto. Kalau manual, alamatnya memang tak pi kerja la. Balik kerja sampai je kat rumah, Haz bising sebab duit bil api tak bayar lagi, nanti kena potong katanya. "Bukan aku tak nak bayar masalahnya aku pon busy, dia ingat busy dia je? habis aku ni, duk berhibur, pebende lah perangai pompuan ni, aku balik keje nak rilek sikit, dah la boss marah aku, ni dah si Haz ni pulak nak memekak, haish menyampah!" Habis je mengomel Lia pon terus masuk dalam bilik. Dia ambik satu buku dari atas rak, puas duk belek belek. Kemudian dia jumpa buku Mesin Cahaya Masa - wani Ardy. Pukul 12 Lia tersedar, "Oh, aku tertidur rupanya, argh penatnya badan, dah la lapar ni, rasa rugi pulak tak drive thru mekdi tadi, Deym." Kata Lia. Lia pon mandi mandi turun bawah dan sekarang dia tersedar yang dia masih di kolam. "Ah, aku termenung rupanya, apalah nasib yang jadi harini, penat." kata Lia. Sebenenarnya dia cuma tak tahu mana arah tujunya, nak teruskan saja kerja begini atau berubah ke yang lain? entah, cumanya dia masih lagi ada luka di hati. Yang masih tak pernah nak terubat dek kerana lelaki. Payahkan jadi wanita, hanya mampu senyum, simpan dan semat semua rasa yang ada. Sampai bila pon tak tahu.

Friday 4 November 2016

x

Celaka
Kau lelaki angkuh
Penuh ego!

Kau tak tahu sakitnya, peritnya.
Atau kau tahu tapi sengaja.

Wahai lelaki angkuh penuh ego
Pastikan satu hari nanti kau akan jatuh.
Jatuh cinta kepada seorang perempuan bodoh!

Dan, waktu itu..............

terima

Hanyut dibawa masa dan kau memang tak boleh nak lari.
Kejar lah macam mana pon kalau bukan untuk kau
Tetap bukan untuk kau.

1
2
3
4

Pergi
Berlalu
Terima
Pulih

Jodoh Allah yang tahu
Pilihan kita yang buat
Redha, Ikhlas, sabar

Sampaikan salam ucapan terima kasih padanya
Kerna bertambah lagi pengalaman hidup aku.